suria

“Nak bela anak kena ada ilmu!” - Wanita disergah abang ipar gara-gara bagi bayi makan buah naga, dakwa punca apendiks

Buah-buahan segar merupakan pilihan makanan baik untuk anak kecil kerana kaya dengan nutrien penting. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan abang iparnya menegur tentang cara dia membesarkan anak khususnya dalam soal penyediaan makanan yang sihat dan berkhasiat.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa selepas tindakannya memberi anak kecilnya makan buah naga dipersoalkan.

"Aku bagi anak makan buah naga putih, abang ipar aku dengan bangganya cakap kuat-kuat... siapa bagi ini, dia ini tak boleh makan buah naga. Aku jerit balik, kenapa tak boleh? 

Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri menjaga dalam membesarkan anak-anak. -Gambar hiasan AI

"Kemudian dia jawab lagi... boleh apendiks, sebab tu nak ada anak kena ada ilmu," imbas wanita itu tentang kata-kata abang iparnya.

Menurut wanita berkenaan, dia akur abang iparnya itu terlebih awal mempunyai anak dan sudah pasti memiliki banyak pengetahuan tentang selok-belok kemahiran keibubapaan.

Namun cara penyampaiannya yang seolah-olah 'terpaling tahu' membuatkan dia terasa dipandang rendah sebagai ibu baharu.

"Sebenarnya buah naga bagus untuk pencernaan. Apendiks pula disebabkan usus kecil tersumbat. Betul ke perasaan ni kalau aku terasa dan marah?

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat hadap sikap ipar ‘joykiller’, tak boleh tengok orang lain lebih! Iri hati setiap kali anak dipuji

ARTIKEL BERKAITAN: Sikap pelik adik ipar buat wanita rasa canggung, ‘melekat’ dekat ruang tamu kalau balik kampung... Lega diberitahu sudah jumpa teman istimewa

"Sebenarnya dia dah ada anak dan sejak anaknya masih bayi pun dia selalu buat research. Habis tu kau je la terpaling bagus.

"Aku yang new mommy ni tak bagus. Ini salah, itu salah," katanya menjelaskan rasa kurang senang dengan sikap lelaki itu.

Luahan tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersetuju bahawa kenyataan abang iparnya tidak tepat.

  • Ibu bengang abang ipar tegur pemakanan anak depan orang.
  • Dakwa buah naga boleh sebabkan apendiks, cetus pertikaian.
  • Wanita rasa dipandang rendah sebagai ibu baharu.
  • Abang ipar suka 'research', tapi cara tegur dianggap keterlaluan.
  • Netizen sokong ibu, kata buah naga baik untuk pencernaan.

"Abang ipar kau memandai je la. Buah naga la antara buah yang bagus untuk pencernaan.

"Merepek, buah naga untuk lawas la. Kalau ye pun nak jadi 'terpaling' sekali pun, cukup dengan anak sendiri sudah la. Takkan semua peranan orang lain pun nak kaut. Tahu la sudah berpengalaman. 

"Kalau ye pun bagi la ibu baharu ni belajar apa yang sesuai dengan anak dia. Nanti mereka paling cekap menguruskan sebab tahu situasi anak sendiri, bukan orang lain," komen beberapa netizen.

Artikel Lain