suria
mStar - Urban.Versatil

Sikap pelik adik ipar buat wanita rasa canggung, ‘melekat’ dekat ruang tamu kalau balik kampung... Lega diberitahu sudah jumpa teman istimewa

Seorang wanita perlu tahu menjaga batas dalam keluarga mentua. -Gambar hiasan AI

ISU batas antara ipar duai sering dianggap perkara kecil dalam hubungan kekeluargaan namun ia boleh menimbulkan rasa kurang selesa dan salah faham jika tidak dijaga dengan betul. 

Seperti kisah seorang wanita ini, dia merasakan adik ipar lelakinya yang masih bujang seakan-akan memberi perhatian berbeza terhadap dirinya berbanding kakak ipar lain setiap kali pulang ke kampung.

Menurutnya dalam satu hantaran dibuat di Facebook, layanan lelaki itu tidak terlalu ketara, namun cukup membuatkan dia berasa janggal.

"Dari mana saya mula tahu tu sebab dalam banyak-banyak kakak ipar punya nombor telefon, nombor saya sorang je dia hide (sembunyi) photo status (di aplikasi WhatsApp).

Elakkan daripada sebarang konflik dengan keluarga mentua demi menjaga hubungan baik. -Gambar hiasan AI

"Sedangkan saya tak ada masalah dengan dia. Yang paling kelakar dan nampak, dia selalu ada dekat ruang tamu masa saya balik kampung.

"Mak mentua cakap, kalau kakak ipar lain balik dia akan terperuk je dalam bilik. Banyak lagi la senario yang berlaku buatkan saya rasa memang satu masalah jadi kena jauhkan diri," luahnya.

Bimbang perasaan yang timbul boleh melangkaui batas sebagai ipar duai, dia memilih untuk menjauhkan diri dengan mengurangkan kekerapan pulang ke kampung.

Tindakan itu kata wanita itu menampakkan hasil apabila dimaklumkan adik iparnya sudah menemui teman istimewa baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku lelaki, ada nafsu!” - Pemuda terlanjur dengan kakak ipar sampai mengandung, menyesal tak terdaya tolak godaan

ARTIKEL BERKAITAN: “Bagi dia tinggal spender!” - Wanita sokong ipar tuntut nafkah habis-habisan, geram adik sendiri kaki curang

Namun jauh di sudut hatinya dia tetap tertanya-tanya sama ada lelaki itu pernah menyimpan perasaan terhadapnya atau apa yang berlaku itu sekadar mainan fikirannya.

"Saya sampai tak nak balik kampung sebab nak jaga jarak tu. Tak ada la nampak drastik sejak saya jauhkan diri. Nampak la dia mula cari kekasih hati lain.

"Saya nak jaga batas tu dan tak nak layan perasaan pelik-pelik ni. Abang (suami) ada beritahu yang adik sudah jumpa seseorang. Saya lega sangat," jelasnya.

  • Wanita jaga batas dengan adik ipar, sanggup jarang balik kampung elak salah faham.
  • Layanan adik ipar didakwa lain macam, buat dirinya rasa janggal dan pilih untuk menjauhkan diri.
  • Hanya nombornya disembunyikan daripada status, wanita mula syak ada sesuatu.
  • Lega bila dimaklumkan adik ipar sudah jumpa teman wanita baharu.
  • Netizen anggap sekadar perasaan biasadan mungkin memang tertarik.

Bagaimanapun, dalam hantarannya wanita itu tetap ingin mendapatkan kepastian sama ada adik iparnya benar-benar menyimpan perasaan terhadapnya atau sebaliknya.

Susulan itu, beberapa netizen tampil memberikan pandangan masing-masing sebagaimana diharapkan wanita ini di ruangan komen.

"Mungkin awak menarik hatinya. Senyuman manis, lawa jadi semua dia suka. Mungkin dia sekadar minat tengok awak dan tak lebih daripada itu.

"Pelik kenapa harus berfikir negatif macam tu. Itu adik ipar jadi anggap la macam adik sendiri. Kenapa semua benda nak tengok dengan nafsu," komen beberapa netizen.

Artikel Lain