SEPERTI kebiasaan, umat Islam berlumba-lumba merebut ganjaran pahala sepanjang Ramadan dengan mengimarahkan masjid termasuk menunaikan solat sunat tarawih.Bagaimanapun seorang lelaki yang meluahkan rasa kecewa apabila hasratnya untuk bertarawih pada malam pertama di sebuah masjid negeri tidak kesampaian gara-gara hujan lebat dan kesesakan lalu lintas luar biasa. "Malam pertama Ramadan dah pun dihidangkan dengan kekecewaan. Semangat nak beribadah ni, bukan selalu.Ruang solat akan dipenuhi jemaah yang hadir bagi merebut ganjaran pahala sepanjang bulan mulia ini. -Gambar hiasan"Tapi keluar je rumah, hujan lebat. Sampai je masjid terus sesak standstill (trafik tidak bergerak). Tak ada parkir dan keadaan itu memaksa untuk keluar (dari kawasan masjid)," ujar lelaki itu di media sosial.Dalam perkongsian sama, dia turut memuat naik foto dari dalam kereta yang memaparkan suasana hujan di perkarangan masjid.Tidak putus asa untuk mengejar pahala Ramadan, dia kemudiannya cuba ke sebuah masjid kecil berhampiran, namun berdepan situasi sama."Saya pergi masjid kecil yang berdekatan, pun sama. Mungkin belum ada rezeki dijemput sebagai tetamu Allah," luahnya lagi dalam hantaran sama.ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah tak setuju surau ‘tebuk’ solat tarawih, selit tazkirah sampai 30 minit - “Kita bukan orang pencen free sepanjang masa”ARTIKEL BERKAITAN: Anak akhirnya dapat tarawih bersama bapa tiri... Dulu disimbah gulai sebab ajak ayah kandung ke masjidPerkongsian tersebut mengundang reaksi netizen yang rata-ratanya menasihati supaya dia membuat perancangan daripada segi masa terutama pada minggu pertama Ramadan yang sememangnya dijangka sesak."Solat tarawih ni bukan baru setahun dua. Kalau nak solat tarawih dekat masjid, pergi daripada waktu Maghrib."Biasanya minggu pertama ni memang ramai orang. Kena pula hari orang cuti umum. Kena datang awal, solat Maghrib dekat masjid terus."Bukan kali pertama awak hadap bulan Ramadan. Sudah cukup dewasa untuk buat keputusan lebih baik sebab tahu minggu pertama masjid akan ramai orang," komen beberapa netizen.Lelaki kecewa tak sempat solat tarawih malam pertama Ramadan.Masjid sesak, parkir penuh dan hujan lebat pada malam berkenaan.Cuba ke masjid lain untuk tarawih, tetap berdepan situasi sama.Kongsi gambar dari dalam kereta menunjukkan suasana hujan di kawasan masjid.Netizen nasihat datang lebih awal.Ringkasan ini dijana oleh AIHukum lelaki solat tarawih di rumahPenceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan solat sunat tarawih boleh ditunaikan di mana-mana, namun lebih afdal jika dilakukan secara berjemaah di masjid.Menurutnya, hukum lelaki menunaikan solat tarawih di rumah adalah harus dan sah sekiranya terdapat keuzuran atau kesulitan untuk ke masjid.Malah, peniaga bazar Ramadan yang sibuk dan tidak sempat ke masjid juga tetap boleh menunaikan tarawih di rumah tanpa meninggalkan ibadah tersebut.