suria
mStar - Urban.Versatil

Kehangatan malam pertama tercemar, isteri hilang ‘mood’ baca mesej kenalan perempuan suami di IG - “Tahniah... ingat tunggu kita, ciss!”

Komunikasi dan sikap saling memahami menjadi kunci kebahagiaan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

ADAB dalam pergaulan sesama kenalan perlu sentiasa dijaga, lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu yang sudah berstatus suami atau isteri orang. 

Batas komunikasi yang jelas bukan sahaja mencerminkan rasa hormat, malah mampu mengelakkan salah faham serta konflik dalam rumah tangga.

Namun, berbeza pula dengan situasi yang dikongsikan seorang wanita di media sosial apabila dia berdepan pengalaman kurang menyenangkan membabitkan kenalan perempuan suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gurauan di WhatsApp jadi punca, isteri rakan sekerja merentan... Wanita tak terima digelar gedik! - “Aku layan semua macam tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita meluat tengok perangai jiran perempuan bujang tepi rumah, tergedik-gedik dengan suami orang! - “Dia tak pernah pun tegur saya”

Menurut wanita berkenaan, insiden itu berlaku pada malam pertama mereka bergelar suami isteri. 

Ketika itu, suaminya sedang melayari Instagram bagi membaca ucapan tahniah daripada rakan-rakan sempena perkahwinan mereka.

"Aku ingat lagi malam pertama kami sebagai suami isteri. Suami tengah scroll Instagram, baca orang beri ucapan selamat pengantin baru," tulisnya dalam perkongsian di Threads.

Pasangan suami isteri perlu bersikap jujur untuk mengelakkan salah faham. -Gambar hiasan

Bagaimanapun menurut wanita tersebut, satu mesej daripada seorang kenalan perempuan suaminya menarik perhatian mereka berdua.

"Tiba-tiba ada satu ucapan daripada seorang perempuan berbunyi... tahniah, ingat tunggu kita, ciss!" kongsinya. 

Wanita berkenaan mengakui kehadiran mesej tersebut membuatkan dia berasa kurang selesa, malah mempersoalkan kewajaran ucapan sedemikian dihantar kepada lelaki yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

"Sebagai perempuan, wajar ke kau bagi ucapan macam tu dekat lelaki yang baru kahwin?" soalnya meminta pandangan warga maya.

  • Seorang wanita tergamam membaca mesej daripada kenalan perempuan suaminya pada malam pertama mereka bergelar suami isteri.

  • Mesej tersebut dianggap tidak wajar tambahan dia dan suami baru berkahwin.

  • Wanita tersebut mempersoalkan kewajaran ucapan sedemikian dihantar kepada lelaki yang baru berkahwin.

  • Dia berkongsi kisah tersebut sebagai peringatan tentang pentingnya menjaga batas pergaulan.

  • Netizen bersetuju bahawa setiap individu perlu jaga adab apabila berkomunikasi dengan suami atau isteri orang.

Biarpun insiden tersebut sudah lima tahun berlalu, namun dia mengakui perkara itu masih segar dalam ingatannya kerana ia berlaku pada saat yang sepatutnya menjadi detik paling indah dalam hidup mereka sebagai pasangan suami isteri.

Menurutnya lagi, dia tidak berniat untuk memanjangkan isu atau menuduh sesiapa, namun berasakan wajar untuk berkongsi pengalaman tersebut sebagai peringatan tentang kepentingan menjaga batas dalam pergaulan.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan rata-rata bersetuju dengan pandangannya.

Bagi mereka, setiap individu wajar menjaga batas dan sensitiviti dalam berkomunikasi, khususnya apabila melibatkan pasangan yang sudah berkahwin.

Artikel Lain