PERISTIWA hitam pernah terlanjur dengan seorang lelaki terus menghantui wanita ini lebih-lebih lagi apabila dia kini sudah menjalinkan hubungan cinta dengan individu lain.Menerusi luahan di Thread, wanita itu berkata dia buntu sama ada perlu berlaku jujur dengan menceritakan kepada kekasihnya itu tentang sejarah lalu atau terus berahsia. "Rasa bersalah dengan boyfriend aku yang sekarang akan ada sampai bila-bila. Aku dah pernah buat seks dengan lelaki lain. Dia kenal lelaki tu, tahu kami pernah berkawan tapi tak tahu apa yang pernah jadi.Setiap pasangan perlu berlaku jujur dalam perhubungan. -Gambar hiasan AI"Kami ada perancangan nak bersama sampai kahwin. Aku sayang dia sangat-sangat. Tapi aku rasa dia tak sepatutnya bersama dengan perempuan macam aku," luahnya.Pada masa sama dia juga bimbang seandainya lelaki yang pernah menidurinya itu tampil membuat pendedahan kepada teman lelakinya."Aku takut kalau lelaki tu beritahu boyfriend aku. Tapi itu kan aib, tak perlu pun cerita. Kita berhak rahsiakan, betul tak? Tapi aku tak tahu patut teruskan hubungan ni atau tidak."Kalau aku tinggalkan dia, aku tahu ia akan buat dia patah hati. Dia sangat baik, bukan kaki perempuan, bekas kekasih pun tak ramai. Tapi aku? Aku nampak saja baik, tapi sebaliknya.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berpantang anak sulung, suami mengaku terlanjur dengan bapa mentua! Nafsu gelora lepas cuci rumah sewa - “Dia puji saya seksi”ARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun kahwin, baru cerita pernah terlanjur dengan ‘shemale‘! Isteri pelik, persoal motif suami buat pengakuan"Aku sayang sangat dekat dia cuma tak sanggup apabila fikir semua benda tu. Aku tahu kekasih aku tu sayang sangat dekat aku," katanya lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berpendapat kekasihnya berhak mengetahui kebenaran."Saya faham awak sayangkan dia tapi untuk kebaikan lelaki itu, baik awak tinggalkan dia. Dia layak untuk dapatkan pasangan lebih baik."Sekiranya awak sayangkan dia, tak sepatutnya benda macam tu terjadi dan awak cakap kalau orang ketiga tu beritahu kekasih awak, yang tu lagi sakit daripada awak tinggalkan dia," komen seorang netizen.Wanita rasa bersalah rahsiakan kisah silam daripada teman lelaki.Dia sayang pasangan dan merancang untuk berkahwin.Namun, takut rahsia terbongkar dan hubungan musnah.Dia keliru sama ada mahu teruskan atau berundur.Netizen nasihatkan supaya fikir demi kebaikan pasangan.Ringkasan ini dijana oleh AIKeperluan berlaku jujur mengenai zina kepada pasanganSebelum ini, sebuah platform pencarian jodoh Muslim, Baitul Muslim pernah mengulas mengenai persoalan sama ada seseorang perlu mendedahkan dosa zina masa lalu kepada bakal pasangan selepas bertaubat.Menurut platform berkenaan, individu yang sudah bertaubat tidak perlu memberitahu dosa silam tersebut kepada bakal pasangan kerana dosa yang telah berlalu tidak wajar diungkit semula.Malah, pendedahan itu dikhuatiri boleh membawa kesan lebih buruk dan menjejaskan hubungan yang sedang dibina.Sebaliknya, individu terbabit disarankan agar memohon keampunan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh serta berusaha menutup aib sendiri tanpa mendedahkannya kepada orang lain.