Sikap bertolak ansur dan rasa hormat adalah kunci dalam setiap komunikasi antara suami isteri. -Gambar hiasan AI
PERMINTAAN suami kepada isteri agar menolong menjaga kebajikan ibunya ketika dia keluar bekerja dalam tempoh yang panjang mengundang dilema bagi seorang wanita.Menurut wanita itu, suaminya yang bekerja dalam sektor maritim seakan tidak memahami isu yang timbul di sebalik permintaan itu. "Suami suruh saya jaga mak dia. Jadi saya bagi syarat. Kalau saya jaga mak dia, ibu bapa saya pun mesti tinggal dengan saya."Saya tak nak jaga mak dia tapi dalam masa sama saya sakit hati kerana mak ayah sendiri terbiar. Ibarat kera di hutan disusukan anak sendiri mati kelaparan," katanya menerusi luahan di Facebook.Setiap isteri perlu mentaati suami apabila sudah berkahwin. -Gambar hiasan AITambah wanita itu, dia semakin kecewa apabila cadangannya supaya ibu mentua berpindah ke rumah keluarganya tidak dipersetujui."Saya nak pindah ke rumah mak ayah dan bawa sekali mak mentua. Tapi mak mentua pula tak nak, suami pun tak setuju." Suami boleh suruh saya jaga mak dia. Tapi mak dan ayah saya dia anggap macam orang luar pula," ujarnya penuh kecewa.Menurut pengadu lagi, paling membangkitkan kemarahannya apabila suami dan ibunya membangkitkan tentang isu keselesaan jika berpindah ke rumah keluarganya."Dan bincang dengan suami tapi dia berkeras suruh saya balik rumah mak mertua. Alasannya tak selesa."Habis tu saya selesa ke? Saya tak perlu jaga kebajikan keluarga saya? Saya tak susah ke?" ajunya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri mengadu tak cukup duit tanggung kos rawatan ibu, suami baharu pula kaki kikis - “Aku setuju chip in RM10,000”ARTIKEL BERKAITAN: 24 jam jaga mentua terlantar, suami nak termuntah badan isteri bau orang sakit- "Sedangkan itu mak dia"Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi apabila orang ramai tampil memberikan pandangan masing-masing daripada sudut agama dan peringatan tentang tanggungjawab sebagai suami isteri.Ada yang berpendapat menjaga ibu mentua bukan tanggungjawab wajib menantu, sebaliknya satu kemuliaan jika dilakukan atas dasar taat kepada suami."Bukan tanggungjawab menantu, akan tetapi satu kemuliaan apabila sanggup berkorban kerana taat pada suami. Insya-Allah tersedia tempat baik di sana (akhirat) nanti.Suami mahu isteri jaga ibu mentua ketika dia bekerja jauh.Isteri mahu ibu bapanya turut tinggal bersama.Cadangan itu ditolak suami.Netizen kata jaga mentua bukan kewajipan isteri.Tanggungjawab jaga ibu bapa sakit terletak pada anak lelaki.Ringkasan ini dijana oleh AI"Menjaga ibu mentua bukan tanggungjawab isteri. Cuma tanggungjawab isteri adalah taat kepada arahan suami selagi tidak melanggar hukum Islam," komen beberapa netizen.Hukum seorang isteri yang tidak menjaga ibu mentuaIsu berkenaan turut dikaitkan dengan pandangan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang sebelum ini menjelaskan bahawa isteri tidak wajib menjaga ibu mentua sama ada tua mahupun sakit.Namun, setiap isteri masih wajib untuk menjaga kebajikan serta mendahulukan suami.Kata Azhar, tanggungjawab menjaga ibu sakit adalah terletak pada anak-anak lelaki termasuk yang sudah berkahwin, manakala anak perempuan sudah berkahwin tidak lagi wajib menjaga ibu bapa mereka.