DUA pemuda ditahan selepas dipercayai mencuri sebuah mesin pemotong rumput.Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Teluk Santong, Plampang di Sumbawa, Indonesia pada pukul 9 malam, Sabtu. Ketua Polis Plampang, Inspektor Pertama Joko Wilopo berkata, kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 8 malam Ahad, selepas seorang petani berusia 60 tahun membuat laporan berhubung kehilangan mesin miliknya."Kami berjaya menahan dua lelaki serta merampas barang bukti sejurus siasatan dijalankan," katanya.Menurutnya, kedua-dua suspek, masing-masing berusia 20 dan 23 tahun dipercayai memecahkan kunci pondok milik mangsa dan melarikan mesin pemotong rumput berkenaan.Mesin tersebut kemudiannya disembunyikan di Kampung Plampang."Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku mencuri kerana masalah kewangan dan merancang menjual mesin itu untuk membayar hutang koperasi," katanya.Kedua-dua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Sumbawa bagi membantu siasatan lanjut. -Agensi