SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun didakwa menjadi mangsa rogol berkumpulan melibatkan tiga budak lelaki berusia 10, 13 dan 14 tahun.Kejadian tersebut mengakibatkan mangsa mengalami pendarahan teruk sehingga tidak dibenarkan duduk mahupun berjalan. Kejadian dilaporkan berlaku di Bhajanpura, Delhi di India pada 18 Januari lalu.Berdasarkan kenyataan polis pada Selasa, dua daripada suspek telah ditahan pada 19 Januari manakala seorang lagi suspek yang berusia 14 tahun dipercayai melarikan diri bersama keluarganya dan kini masih diburu.Ujarnya, hasil siasatan awal menemukan kesan darah di lokasi kejadian.Menceritakan tentang insiden yang berlaku, ibu mangsa berkata, dia melihat anaknya pulang ke rumah dalam keadaan berlumuran darah sehingga pengsan kira-kira pukul 7 malam hari kejadian."Dia berdarah dengan teruk dan pengsan, saya percikkan air ke muka supaya dia bangun."Semasa ditanya apa yang berlaku, dia mengaku telah jatuh dan pada masa sama seorang anak jiran berusia 13 tahun datang dan menguatkan cerita dia terjatuh," katanya.Namun selepas diasak, anaknya mengaku bahawa dia telah dibawa oleh anak jiran terbabit bersama dua lagi budak lelaki yang dikenalinya, dengan alasan mahu memberinya makanan."Budak-budak itu memujuknya dengan tawaran makanan."Dia kemudian dibawa ke sebuah bangunan kosong dua tingkat berhampiran," jelasnya sambil menyatakan ketiga-tiga suspek adalah rakan kepada mendiang anak lelakinya.Tambah wanita itu, situasi yang berlaku membuatkan dia membawa anaknya ke Balai Polis Jafrabad sebelum dirujuk ke Hospital Jag Pravesh Chandra untuk rawatan lanjut.Sementara itu, bapa mangsa yang bekerja sebagai penarik beca merayu agar suspek dikenakan tindakan tegas."Kalau mereka tahu apa yang mereka buat, mereka patut dihukum setimpal," katanya.Kes ini turut mencetuskan kemarahan penduduk setempat apabila pada Isnin, beberapa kumpulan mengadakan protes dengan menyekat jalan raya bagi mendesak penahanan segera suspek ketiga. -Agensi