SEORANG wanita berdepan pelbagai pertuduhan selepas dia meninggalkan bayi berusia dua bulan di dalam kereta semasa berbelanja di sebuah pusat beli belah.Kejadian itu berlaku di Bucks, Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 10 Januari. Tertuduh, Tina Chiara DeCarla, 42, tiba di Walmart sekitar pukul 3.49 petang dan berada di dalam premis itu selama 25 minit.Seorang pelanggan kemudian membuat laporan selepas melihat seorang bayi sedang tidur sendirian di dalam kenderaan.ARTIKEL BERKAITAN: Lupa hantar ke rumah pengasuh, anak umur 2 tahun meninggal dunia dalam kereta… Ibu sedar lepas 9 jamPolis berkata DeCarla bagaimanapun sempat meninggalkan kawasan parkir sebelum pegawai tiba.Dia kemudian ditahan pada 16 Januari di sebuah kediaman di Warminster atas tuduhan membahayakan kebajikan kanak-kanak dan meninggalkan anak tanpa pengawasan di dalam kenderaan.Penyiasat turut memaklumkan terdapat waran tangkap tertunggak terhadapnya atas pelbagai tuduhan termasuk pemalsuan, memanipulasi rekod dan kesalahan berkaitan lain.DeCarla kini ditahan di Kem Penjara Daerah Bucks sementara menunggu perbicaraan dijalankan. -Agensi