suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas banduan bunuh ibu, bakar mayat jauh dari rumah

Suspek membunuh ibunya ketika beada di bawah pengaruh dadah. Foto Abdurrasyid// Detikbali

SEORANG lelaki berusia 33 tahun didapati positif dadah jenis ganja selepas ditahan kerana disyaki membunuh dan membakar mayat ibu kandungnya dalam kejadian pada Ahad.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Nusa Tenggara Barat pada Khamis, memaklumkan keputusan ujian air kencing suspek mengandungi bahan tetrahidrokanabinol (THC).

Polis turut menemukan dadah berkenaan di dalam sebuah kotak gula-gula yang disimpan dalam kenderaan milik suspek.

Pembunuhan dipercayai berlaku di rumah yang didiami suspek dan mangsa di Monjok Baru, Kelurahan Monjok Timur, Kecamatan Selaparang, Kota Mataram, Indonesia.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan Sekotong, Lombok Barat untuk dibakar.

Siasatan mendapati suspek merupakan bekas banduan kes dadah dan pernah dijatuhi hukuman penjara empat tahun serta denda atas kesalahan menyimpan narkotik pada 2021 sebelum dibebaskan pada tahun 2023.

Motif kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan keadaan suspek yang berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian. -Agensi

Artikel Lain