suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lupa hantar ke rumah pengasuh, anak umur 2 tahun meninggal dunia dalam kereta… Ibu sedar lepas 9 jam

Seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas ditinggalkan sembilan jam dalam kereta. -Foto Facebook

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan di dalam sebuah kereta di Jalan Tunku Hassan, Seremban, Negeri Sembilan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 6.15 petang.

Siasatan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta jenis Proton Saga selepas dipercayai ditinggalkan ibunya yang terlupa menghantarnya ke rumah pengasuh sekitar pukul 8 pagi.

“Kejadian itu hanya disedari ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 35 tahun pada pukul 5 petang selepas tamat waktu bekerja,” katanya.

Kata Azahar, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Tuanku Jaafar sebelum dibawa ke Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Ibu kepada kanak-kanak itu ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel Lain