Pendaftaran murid Tahun Satu bagi kalendar akademik 2027 akan dibuka bermula 15 Februari. -Gambar hiasan
PENDAFTARAN murid Tahun Satu bagi kalendar akademik 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026.Dalam satu kenyataan pada Rabu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata pendaftaran perlu dibuat menerusi Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan. Pendaftaran dibuka kepada anak warganegara Malaysia dalam kohort enam tahun (5+), iaitu kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari hingga 31 Disember 2021, serta kohort tujuh tahun (6+) merangkumi kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021.“Inisiatif menggalakkan kemasukan kanak kanak berusia enam tahun (5+) ke Tahun Satu mencerminkan langkah progresif di bawah kerajaan Madani yang bertujuan melindungi perkembangan dan kesejahteraan kanak kanak serta memastikan mereka tidak tercicir dalam pendidikan,” katanya.Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan mendaftar akaun Sistem Pengurusan Identiti atau idMe, mengemas kini maklumat peribadi, dan menghantar permohonan melalui MOEIS dalam tempoh ditetapkan bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan, jabatan pendidikan negeri atau pejabat pendidikan daerah.