PASANGAN pereka fesyen Rizman Ruzaini tidak mudah melatah apabila nama mereka terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami kepada pelakon Datin Intan Najuwa.Rizman atau nama sebenarnya Rizman Nordin memilih untuk menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada proses perundangan dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut buat masa ini. “Bagi saya, ia ada dua bahagian cerita. Daripada pihak kami, saya tidak boleh berikan apa-apa komen sebab ia masih dalam prosiding mahkamah.Rizman (kanan) serahkan isu melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta kepada pihak mahkamah.“Jadi, saya hormat prosiding yang sedang berjalan ini. Sudah tentu setiap perkara yang kami hadapi, saya rasa kita perlu mengambil penyelesaian terbaik yang boleh,” katanya kepada mStar.Rizman memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa Pertunjukan Fesyen Raya Rizman Ruzaini 2026 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Khamis.Rizman bagaimanapun memberitahu dia bersama rakannya iaitu Ruzaini akan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut pada masa yang bersesuaian.Tambahnya, kontroversi tersebut juga tidak menjejaskan jenama Rizman Ruzaini yang sudah lama mendapat kepercayaan pelanggan.ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa akhirnya bersuara selepas tiga tahun, mahkamah arah Rizman Ruzaini bayar hutang RM1.3 juta sebelum 15 Januari iniARTIKEL BERKAITAN: Kecoh pereka terkenal hutang jutaan ringgit dengan Intan Najuwa, Rizman Ruzaini terkejut nama kena petik“Bila sampai masa nanti, saya sendiri akan bercerita, insya-Allah. Bila itu? Ia masih dalam prosiding mahkamah, jadi bila sudah selesai nanti saya sendiri akan bercerita. Kita tidak boleh cepat melatah.“Sokongan pembeli sangat kuat, Alhamdulillah. Jadi saya rasa mungkin perkara itu tidak menjadi isu kepada peminat-peminat rekaan Rizman Ruzaini. Sokongan yang diberikan mereka sangat kuat sehingga sekarang.”Sementara itu, mengulas mengenai kritikan dan pandangan sinis segelintir pihak, Ruzaini pula enggan mengambil sikap terlalu terbuka terhadap setiap komen yang diberikan.Sebelum ini, Intan menuntut Rizman dan Ruzaini jelaskan hutang suaminya yang bernilai RM1.3 juta.“Bagi saya, itu pandangan masing-masing. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Tapi bagaimana kita harungi masalah itu. Itu hak mereka untuk berkata-kata,” ujarnya.Sebelum ini, Intan mendedahkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, menang kes saman terhadap Rizman Ruzaini membabitkan tuntutan bayaran semula pinjaman berjumlah RM1.3 juta.Pendedahan itu dibuat Intan menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik dokumen penghakiman daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri bagi menghormati proses undang-undang.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!