PENYANYI Datuk Nora Ariffin menarik semula permohonan cerai terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli, sekali gus memilih untuk meneruskan perkahwinan mereka.Perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakili Dr Rushdi, Azmi Mohd Rais, dan memaklumkan Nora membuat penarikan balik secara rasmi secara bersyarat iaitu memastikan tiada sebarang gangguan daripada pihak ketiga. Kata Azmi, Hakim mencadangkan agar penyanyi berkenaan memfailkan injunksi terhadap pihak ketiga di mahkamah sivil jika perlu. Hakim mencadangkan Nora untuk memfailkan injunksi terhadap pihak ketiga."Alhamdulillah, pada hari ini (Selasa) plaintif, Datuk Nora telah menarik balik kes ini dan ingin meneruskan perkahwinan dengan defendan."Sebelum permohonan penarikan balik dibuat, dia memohon agar penarikan tersebut dibuat secara bersyarat, iaitu tidak ada sebarang gangguan daripada pihak ketiga."Maka Yang Arif Hakim telah meluluskan permohonan penarikan balik tersebut dan menasihatkan Nora bahawa dia mempunyai hak untuk memfailkan injunksi tegah ganggu terhadap mana-mana pihak ketiga, serta memfailkan kes gangguan (nuisance) di mahkamah sivil sekiranya perlu," katanya kepada pemberita. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Penat turun naik mahkamah, Nora Ariffin reda kes cerai belum selesai... Kesal terima pelbagai tuduhanARTIKEL BERKAITAN: Suami Nora Ariffin tunggu proses hakam tentukan nasib perkahwinan, akui hubungan isteri pertama dan kedua positif… “Ia sesuatu yang seronok tetapi…”Mengulas mengenai reaksi pihak defendan, Azmi berkata Dr Rushdi menyambut baik keputusan tersebut dan berasa gembira kerana rumah tangga mereka diberi peluang untuk diperbaiki."Bagi pihak defendan pula, dia sangat bahagia pada hari ini. Alhamdulillah. Dan beliau juga telah berjanji akan menasihati pihak ketiga tersebut."Kes ini ditarik balik tanpa sebarang kos. Alhamdulillah. Oleh itu, tidak perlu kepada pelantikan hakam panel pada hari ini," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!