SUSULAN pendedahan demi pendedahan yang dibuat aktres Puteri Balqis dan netizen di media sosial terhadap Mia Sara Nasuha, pengurusya dikenali Melaka Boy tampil berkongsi keadaan pelakon itu. Melaka Boy atau nama sebenarnya V Prashan Chitty ketika dihubungi mStar memaklumkan Mia berada dalam keadaan baik. Bagaimanapun pihaknya belum bersedia untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.Mia pilih diam, Aqish mahu permohonan maaf.“Buat masa sekarang tiada apa yang boleh kami katakan. Mengenai keadaan Mia pula, dia okay dan kami ada berhubung secara dalaman,” katanya kepada mStar.Sementara itu, usaha mStar mendapatkan kenyataan daripada Mia bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab.Sebelum ini Puteri Balqis tampil membuat pendedahan di media sosial mendakwa Mia Sara terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti mengunjungi kelab malam, minum arak, mengambil dadah serta dipercayai pernah menggugurkan kandungan.ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis dakwa Mia Sara teguk arak, hisap dadah dan gugurkan kandungan… Tuntut permohonan maafARTIKEL BERKAITAN: Wajah mirip pelakon wanita ke kelab malam tular, didakwa selamba teguk arakMalah di aplikasi Threads turut tular beberapa video dan foto dipercayai Mia berada dalam keadaan tidak bertudung dan berimej seksi sedang berhibur di kelab malam. Isu ini mula tercetus selepas Puteri Balqis berasa geram dengan tindakan Mia Sara yang didakwa pernah memburukkan dia serta ibunya di hadapan orang ramai.Malah mendakwa tindakan Mia yang menangis di hadapan media sebelum ini disifatkan sebagai cubaan meraih simpati selain menutup sisi buruk dirinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube