KEBANYAKAN ubat batuk tidak digalakkan untuk diberikan kepada bayi, terutamanya yang berusia bawah dua tahun kerana boleh mendatangkan kesan sampingan dan risiko kesihatan. Justeru, kebanyakan ibu bapa memilih kaedah semula jadi dan lebih selamat sebagai ikhtiar awal untuk melegakan batuk, selsema serta masalah kahak untuk si kecil. Antara petua tradisional yang masih diamalkan sehingga kini ialah penggunaan bawang merah, yang dipercayai membantu memberi rasa hangat pada badan serta melonggarkan saluran pernafasan bayi secara semula jadi.Gaul bawang yang ditumbuk dengan minyak telon dan sapukan pada tapak kaki bayi. -Gambar hiasan AIPetua itu masih diamalkan sehingga kini oleh segelintir keluarga sebagai ikhtiar sampingan, khususnya ketika bayi mengalami hidung tersumbat atau nafas berbunyi akibat kahak.Berikut cara penyediaannya:1. Bahan-bahan- Satu hingga dua ulas bawang merah.- Sedikit minyak telon atau minyak bayi.- Stoking atau kain nipis.2. Cara penggunaan- Kupas bawang merah, hiris atau ketuk kasar.- Gaulkan bersama sedikit minyak telon atau minyak bayi.- Sapukan pada tapak kaki bayi atau balut dalam kain nipis.- Sarungkan stoking supaya lebih kemas.- Disarankan dibuat sebelum bayi tidur.Petua ini juga dikatakan sesuai diamalkan pada waktu malam bagi membantu bayi tidur lebih lena.Walaupun dikatakan mampu memberikan keselesaan, ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa memantau keadaan kulit bayi. Jika berlaku kemerahan, iritasi atau bayi kelihatan tidak selesa, penggunaan perlu dihentikan segera.Harus diingat bahawa petua ini hanyalah ikhtiar sampingan dan bukan pengganti rawatan perubatan moden. Sekiranya batuk berpanjangan, disertai demam atau keadaan bayi semakin teruk, ibu bapa disaran mendapatkan nasihat doktor dengan segera.Khasiat bawang terhadap bayi- Memberi rasa hangat pada badan bayi.- Membantu mengurangkan kahak.- Bau bawang dipercayai membantu melegakan hidung tersumbat.- Membantu pernafasan bayi menjadi lebih lega.