suria

Menangis cuti raya tak lulus! Rakan sekerja minta beralah sebab masih bujang... Lelaki ini ‘ajar’ terus senyap tak balas WhatsApp

Rancang cuti sempena hari raya lebih awal bagi mengelakkan masalah kemudian hari. -Gambar hiasan AI

RAMAI di antara kita sudah memohon cuti lebih awal agar dapat pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dengan tenang.

Namun lain pula dengan kisah lelaki ini, walaupun cutinya sudah diluluskan namun rakan sepejabatnya tanpa segan silu meminta dia menukar tarikh tersebut. 

Dia diminta berbuat demikian disebabkan rakannya itu lewat memohon cuti hari raya namun dia enggan menurut dengan permintaan tersebut walaupun teman sepejabatnya itu merayu dan menangis teresak-esak.

"Ada rakan sepejabat saya cuti tak approve (diluluskan) sebab lambat mohon. Bersungguh dia telefon saya sambil menangis-nangis sebab nak tukar cuti.

Pekerja perlu mengambil cuti lebih awal sebagai langkah persediaan untuk pulang beraya. -Gambar hiasan AI

"Saya cakap tak boleh sebab sudah ada rancangan selain permohonan pun dibuat sejak Januari lalu," katanya.

Bagaimanapun, lelaki itu terkejut dengan sikap temannya itu apabila membangkitkan alasan dia masih bujang dan mempersoalkan keperluannya bercuti panjang pada musim perayaan.

Tidak berdiam diri, lelaki berkenaan kemudiannya memaklumkan hanya akan bersetuju jika dia sanggup membayar harga penuh tiket penerbangannya yang sudah tempah awal jika cutinya ditukar.

"Dia siap cakap saya tak kahwin lagi jadi kenapa perlu bercuti dalam tempoh lama. Saya edit tiket flight lama tukar ke tarikh cuti hari raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri merempat di pagi raya kedua, dihalau bapa mentua tanpa belas ihsan... Rupanya adik ipar dalang utama!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami rela hati balik raya kampung isteri, terluka dengan sikap ibu sendiri - “Banyak mak buat kami terasa”

"Saya hantar gambar tiket itu dekat dia. Kalau dia boleh refund dengan harga penuh, saya bersetuju," ujarnya lagi.

Menurut lelaki itu, rakannya terus tidak membalas mesej dihantar menerusi WhatsApp selepas menawarkan pilihan tersebut.

Perkongsian tersebut turut disokong netizen yang gembira dengan pendirian tegasnya dan tidak mudah dibuli oleh rakan sepejabat. 

Malah ramai berpendapat alasan sudah berkahwin atau mempunyai anak bukan 'tiket' untuk meminta orang lain mengubah rancangan yang telah dibuat lebih awal.

  • Lelaki kongsi rakan sepejabat merayu tukar cuti raya selepas permohonannya ditolak.
  • Rakannya mempersoalkan kenapa dia perlu cuti lama kerana masih bujang.
  • Lelaki itu menolak kerana sudah mohon cuti sejak Januari.
  • Dia minta rakan bayar semula harga tiket jika mahu tukar cuti.
  • Selepas itu, rakannya terus tidak membalas mesej.

"Habis tu orang tak kahwin lagi ni tak ada keluarga ke? Tak ada mak bapa ke? Bagus tindakan awak ni.

"Dia lambat buat permohonan. Kahwin tak kahwin semua orang ada famili, yang bujang pun ada mak ayah. Banyak orang, kau pilihan dia juga nak tukar cuti. Nampak sangat tak suka kau.

"Kita punya plan baik bercuti sebab tak nak susahkan orang. Ada beberapa rakan sekerja suka hati nak suruh tukar cuti atau nak ambil emergency leave (EL).

"Padahal saya sudah mohon cuti lama tarikh tu," komen beberapa netizen.

Artikel Lain