suria

Rakan artis lebih ‘chill’, Ramona Zamzam dapat rasa vibe berbeza daripada pempengaruh

Ramona menyifatkan golongan artis lebih mesra berbanding pempengaruh.

PELAKON Ramona Zamzam berpendapat artis dalam industri hiburan dilihat lebih mudah bergaul dan bersosial ketika menghadiri acara berbanding segelintir pempengaruh media sosial.

Ramona atau Ros Ramona Zamzam, 36, berkata pemerhatian itu dibuat berdasarkan pengalamannya menghadiri pelbagai acara sebelum ini.

Kata Ramona, kebanyakan rakan artis seperti pelakon dan penyanyi lebih santai serta terbuka untuk berinteraksi dengan orang sekeliling.

"Saya tak tahu kenapa sesetengah pempengaruh ada vibe macam itu, tapi saya perasan kalau jumpa rakan artis (pelakon/penyanyi) mereka lebih rajin bersosial dan nampak lebih chill. 

Ramona dan Mek Yun (kanan) berkongsi pandangan tentang sikap segelintir pempengaruh.

"Saya pun tertanya-tanya juga apa sebabnya tapi saya anggap artis dalam industri memang sentiasa dikelilingi ramai orang (pengurus), manakala pempengaruh pula berkembang dari media sosial tapi dalam kehidupan sebenar tak semuanya pandai bergaul sangat. 

"Sekarang kalau pergi event memang boleh bezakan vibe selebriti dengan vibe pempengaruh sangat berbeza," katanya. 

Ramona berkongsi pandangan itu di ruangan komen sebuah hantaran yang dimuat naik pelakon dan personaliti media sosial, Mek Yun di aplikasi Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Harap mereka tertampar dengan teguran saya” - Ramona Zamzam tak peduli jika ada rakan artis terasa hati isu ‘Blockout 2024’

ARTIKEL BERKAITAN: Video belajar puasa bukan sekadar ‘content’, Mek Yun kutip banyak ilmu walau gagal tahan diri

Sebelum itu, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Mun Nee, 30, meluahkan pengalaman kurang menyenangkan apabila menerima layanan acuh tak acuh daripada beberapa pempengaruh yang ditemuinya ketika menghadiri acara.

Menurut Mek Yun, dia pernah menegur seorang pempengaruh popular dengan penuh teruja kerana menyangka dapat berkenalan dan berbual, namun respons yang diterima tidak seperti diharapkan.

"Pernah sekali saya jumpa seorang pempengaruh popular. Saya tegur cakap 'hi saya Mekyun' dengan terujanya sebab ingatkan boleh kenal-kenal dan sembang sikit. 

"Tapi dia jawab macam nak tak nak saja. Lepas tu saya ada minta ambil gambar sekali, dia angguk saja lepas tu terus pergi. Tak ada sembang pun

Perkongisian Mek Yun di Threads miliknya.

"Ada juga beberapa pempengaruh lain yang saya cuba nak bersembang tapi reaksi mereka sama juga, macam tak nak layan," ujarnya. 

Dalam masa sama, Mek Yun turut meluahkan rasa hairan apabila melihat sikap segelintir pempengaruh yang menurutnya kelihatan kurang mesra ketika menghadiri acara. 

"Kenapa kalau pergi event terutamanya acara kecantikan mesti ada ramai pempengaruh yang feeling-feeling. 

"Vibe mereka macam wow akulah terpaling hot dan muka macam 'siapa kau'? Lepas tu tak friendly langsung," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain