MASALAH anak memilih makanan atau picky eater sememangnya menjadi cabaran besar buat kebanyakan ibu bapa.Lebih merunsingkan si kecil langsung tidak mahu makan dan menolak makanan yang disediakan. Perkara itu turut dikongsikan seorang ibu di media sosial yang mengakui berasa tertekan apabila anaknya sukar makan dan sering memilih makanan tertentu sahaja."Tertekan sangat-sangat nak bagi dia makan, sebab semua dia tak nak," luah ibu tersebut dengan meminta netizen memberi petua mengatasi masalah itu.Mendapatkan nasihat doktor langkah terbaik untuk mengenal pasti masalah si kecil -Gambar hiasan AISusulan itu seorang wanita tampil berkongsi nasihat yang diberikan seorang doktor ketika membawa anaknya menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik.“Doktor beritahu, antara punca anak jadi picky eater ialah masalah sensori pada lidah. "Jadi doktor sarankan supaya gosok badan anak guna span mandi, macam span basuh pinggan, lima kali setiap kali mandi,” katanya.Tambah wanita itu lagi, pada awalnya dia sendiri tidak yakin dengan kaedah tersebut kerana kelihatan terlalu ringkas.Namun selepas mencubanya secara konsisten selama seminggu, perubahan positif mula dapat dilihat.“Anak kedua saya umur setahun lima bulan. Sebelum ni nak makan satu suap pun susah, lepas tu akan luahkan balik. Lepas buat cara ni, baru nampak dia mula makan dengan lebih berselera,” jelasnya.Bagaimanapun, dia menasihatkan ibu bapa supaya mendapatkan nasihat doktor sekiranya masalah anak berterusan bagi memastikan tiada isu kesihatan lain yang tersembunyi.