suria

Aaron Aziz elak baca komen ‘menekan-nekan’ netizen, tak mahu fokus hidup terganggu

BAGI menjaga kesihatan mental, pelakon Datuk Aaron Aziz memberitahu dia memilih untuk tidak membaca sebarang komen negatif ditulis netizen di media sosial.

Menurut Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 50, dia menerima sokongan penuh daripada isteri dan anak-anak yang menjadikan dirinya lebih kuat mendepani ujian.

“Alhamdulilah keadaan saya dan isteri semuanya baik-baik saja, segalanya kami dapat tempuhi dengan sempurna.

“Komen-komen negatif memang tetap akan ada sebab mereka tidak akan berhenti untuk menekan-nekan serta tidak boleh elak cuma masa saja menentukan.

“Satu perkara yang boleh buat adalah jangan baca komen dan jangan benarkan komen negatif menganggu fokus dalam kehidupan ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi