suria

Dah penat naik turun mahkamah, Betty Banafe kecewa bekas suami susah bagi kerjasama

PELAKON Betty Banafe mengakui sudah letih berdepan 17 kes mahkamah melibatkan dirinya dengan bekas suami iaitu Bruce Dargus berhubung kebajikan anak-anak.

Menurut Betty atau Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, 47, situasi tersebut memberi tekanan kepadanya apatah lagi dia terpaksa hadir seorang diri pada prosiding mahkamah kerana bekas suami didakwa enggan memberikan kerjasama kerana dia tinggal di Amerika Syarikat.

“Dia tak pernah hadir ke mahkamah, boleh kira, tapi kes ada 17. Bayangkan saya kena hadir ke mahkamah tanpa dia.

“Kalau tak nak hadir jangan hantar saman. Tapi untuk saya dia tak fikir ke kerja saya, uruskan anak-anak semua, jadi saya rasa dah cukup,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Betty mendakwa bekas suaminya juga gagal menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak mereka sejak tahun lalu.

Untuk rekod, Betty mendirikan rumah tangga dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 sebelum bercerai pada 10 Julai 2019. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus, 13, dan Bruce Dean Dargus, 10.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi