PERSONALITI media sosial Emy Chachacha meluahkan rasa kesal apabila ada pihak mendakwa seakan-akan lupa diri selepas membuat keputusan untuk berkahwin kali kedua.
Kembali mendirikan rumah tangga selepas lapan bulan berpisah, Emy atau Muhammad Zulhimi Nazelan menafikan tuduhan tersebut malah tidak menyangka ramai yang mengecam keputusannya itu.
“Saya dah berpisah dengan isteri pertama tu dalam lapan bulan, kemudian bila kongsi gambar kahwin semua terkejut dan tak percaya siap ada yang kata dekat saya macam-macam.
“Mereka (netizen) kata saya macam lupa diri bila sudah terkenal dan lupa jasa sewaktu susah senang dengan bekas isteri sedangkan mereka tak tahu apa yang saya lalui pada waktu tu.
“Saya tak mahu buka kisah lalu sebab itu aib, biar saya saja yang tahu lagipun sekarang ni saya minta kalau boleh jangan buat andaian atau fitnah yang tak betul soal rumah tangga saya,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.