USAHAWAN dan personaliti media sosial Siti Jamumall mendakwa rakan baiknya telah melakukan pengkhianatan terhadap dirinya.
Kesal dengan apa yang berlaku, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 27, tidak menyangka wanita berkenaan yang juga merupakan usahawan tergamak melakukan tindakan yang boleh mengeruhkan lagi hubungannya dengan suami iaitu Aiman Tak Kesah.
“Cukuplah rasa dipijak teruk, hanya saya yang tahu apa yang berlaku malam tu... memang berlaku pergaduhan besar, tak sangka musuh dalam selimut rupa-rupanya orang yang saya percaya.
“Orang yang baik dengan saya dan paling memahami... ceritanya saya tak benarkan suami iaitu Aiman buat live dengan seorang perempuan bernama Jenny sebab mereka sebelum ini ada hubungan.
“Malam tu saya kena teruk dan hanya Allah saja tahu keadaan saya ketika itu. Penipuan satu demi satu terbongkar dan memang tak sangka,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.