suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makcik Petir terkejut makin dikenali, ada kenalan cemburu sejak popular... Siap dapat ‘job’ lakonan

DISEBALIK karakter bersahaja yang ditonjolkan oleh pempengaruh dikenali sebagai Makcik Petir, rupanya ada orang sekeliling yang kurang senang melihat gelagatnya itu.

Mengakui ada rakan-rakan tidak suka melihat popularitinya semakin meningkat, Makcik Petir atau nama sebenarnya Khatijah Mohamed, 60, bagaimanapun enggan ambil serius mengenai perkara itu kerana mahu memberikan fokus kepada diri dan keluarga sahaja. 

“Saya sebenarnya tidak pernah bangga dengan populariti yang saya ada sekarang ini. Namun lebih rasa malu sebab saya ini jenis yang selekeh. Pakaian saya pun biasa sahaja. Ada tu, sehinggakan baju dalam pun tak pakai. 

“Berkenaan orang tidak suka, tiada pula yang cakap depan muka tetapi saya tahu ada sahaja kawan-kawan tidak suka. Biasalah, bukan sebab apa pun, sebab cemburu sahaja. Namun itu semua terpulang kepada mereka,” katanya kepada mStar. 

Dalam masa sama, Makcik Petir juga memaklumkan yang dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak atas faktor kesihatan.

“Tawaran berlakon itu pernah dapat, namun tolak sebabkan komitmen. Saya ini tidak boleh kena panas dan ada ‘anxiety’. Jadi memang kena tolak,” ujarnya. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi