suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tutup kenangan menang pingat emas sukan para, Nurul Shakinah reda hidup kini sebagai penyanyi jalanan

PERNAH mengharumkan nama negara pada tahun 2001 dan 2003 menerusi Sukan Para Asean bagi acara renang, individu bernama Nurul Shakinah Teh Abdullah ini akur namanya tidak lagi dijulang dalam sukan berkenaan.

Demi meneruskan kelangsungan hidup, Nurul, 50, berkata dia terpaksa  menjadi pemuzik jalanan demi menyara kehidupannya.

Tidak lagi memandang kerjaya sebagai atlet, dia bersyukur sekiranya sudah tertulis rezekinya sebagai seorang penyanyi.

“Saya mula menyanyi di sekitar Kuala Lumpur pada tahun 2015 sebagai penyanyi jalanan dan Alhamdulilah rezeki mencukupi saja, semuanya bergantung kepada kerajinan saya untuk menyanyi, ramai tak tahu saya ni dulu bekas atlet paralimpik tapi lebih kenal sebagai penyanyi saja.

“Tahun 2001 Malaysia jadi tuan rumah untuk sSukan Sea yang dipanggil Para Asean jadi ketika itu acara tidak terhad jadi saya sertai bagi kategori renang wanita kategori Paralimpik, saya sumbangkan emas dan perak juga waktu tu.

“Tak sedih pun sebab itu semua dulu lagipun sekarang ini banyak pelapis baharu dah, kalau diminta jadi jurulatih pun tak berminat sebab sekarang ini lebih minat kepada muzik,” kata Shakinah Teh kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek musim ketiga ini, mStar bekerjasama dengan KPJ Healthcare mengunjungi kediaman bekas atlet paralimpik ini di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor bagi mengetahui perkembangan terkini kesihatannya.

Selain sumbangan wang tunai Rm3,000, Nurul juga diberikan kad rawatan bagi melayakkannya dan keluarga mendapatkan rawatan percuma di mana-mana Klinik Waqaf An Nur di seluruh Malaysia. 

Program mStar Baek ini bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi