suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai influencer tak ‘declare’ cukai, Ceddy Ang nasihat jangan cuba lari

LIMA tahun menjana pendapatan menerusi media sosial TikTok, personaliti media sosial Ceddy Ang memberitahu dia antara individu yang tidak terlepas untuk membayar cukai (LHDN) Lembaga Hasil Dalam Negeri setiap bulan.

Ceddy Ang, 37, bagaimanapun berkata dia terkejut apabila mendapat tahu ada segelintir personaliti media sosial tidak menjalankan tanggungjawab itu kerana tidak tahu mengenai perkara tersebut.

“Sebenarnya salah tau kalau tak declare income tax... sebagai content creator atau artis, tak kisah la untung ke rugi ke memang tetap kena laporkan penyata setiap bulan.

“Jangan cuba elak sebab nanti pihak LHDN akan cari, macam saya memang sudah declare sebab saya pernah kerja korporat jadi senang.

“Ada juga yang bertanya dengan saya macam mana nak bayar cukai maknanya individu tu belum declare income tax, sama ada dia tak tahu nak bayar atau tak tahu memang wajib kena bayar… ramai juga yang mesej saya bertanya,” kata Ceddy kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi