suria

Suami ‘kantoi’ curang selepas 29 jam akad nikah, influencer upah penyiasat persendirian cari bukti

TULAR di aplikasi TikTok pendedahan seorang personaliti media sosial dikenali Kak Sue Meow mendakwa bekas suaminya berlaku curang terhadapnya selepas sehari mereka bernikah. 

Sedih menceritakan perkara yang terjadi, Kak Sue, 23, berkata, hubungan percintaan yang terjalin selama tujuh tahun itu musnah disebabkan oleh teman rapatnya. 

“Perasaan saya bila tahu itu adalah seperti mati hidup kembali. Sangat sakit. Ia mengambil masa dan juga tenaga yang sangat banyak untuk hadam semua perkara itu. 

“Alhamdulillah, sekarang ini semua sudah selesai dan saya kembali ‘single’ daripada segi undang-undang. Keadaan saya sekarang juga semakin baik termasuklah emosi saya,” katanya kepada mStar

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi