suria

“Macam neraka dunia” - Mangsa imbau redah bahang 1,000 darjah celcius, trauma bunyi letupan

MANGSA insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights di Subang Jaya pada 1 Aprul lalu masih berada dalam keadaan trauma.

Salah seorang mangsa iaitu Hong Zi Siang, 46, berkata, perasaan takut menghantuinya setiap kali mendengar bunyi dentuman kuat.

Kata Hong yang sudah menetap di Putra Heights sejak 14 tahun lalu, dia sekeluarga tidak akan dapat melupakan peristiwa berkenaan sehingga tidur malam sering terganggu.

"Kalau dengar bunyi letupan mercun saya akan terkejut dan menjadi takut sebab terkenangkan kejadian 1 April lalu.

"Sekarang memang susah nak tidur sebab masih trauma tapi paling penting keluarga saya selamat. Harta benda langsung tak mahu fikir lagi," katanya kepada mStar.

Hong berkongsi perkara itu ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights pada Jumaat.

Salah seorang mangsa lain iaitu Amirul Azhar pula masih terasa bahang panas sehingga 1,000 darjah celcius akibat kebakaran tersebut.

Kata Amirul, haba daripada kebakaran tersebut sudah cukup membuatkan kulit sesiapa sahaja melepuh dan ibarat neraka di dunia.

"Kalau tengok api yang marak itu macam neraka di dunia.

"Kejadian pula berlaku kira-kira 50 meter dari rumah saya dan memang tak fikir nak selamatkan apa-apa barang tetapi lari menyelamatkan diri," katanya.

Pada Selasa lalu, mStar melaporkan berlaku kebakaran saluran paip gas bocor di Jalan Putra Harmoni Putra Height, kira-kira 8.10 pagi.

PETRONAS Gas Berhad (PGB) dalam satu kenyataan kemudiannya mengesahkan berlaku kebakaran di saluran paip utama di lokasi itu.

Setakat pukul 8 pagi Rabu, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Masjid Putra Heights akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights terus meningkat, iaitu seramai 484 mangsa daripada 109 keluarga dicatatkan.

Jumlah mangsa itu terdiri daripada 150 lelaki dewasa, 141 wanita dewasa, 135 kanak-kanak, serta 21 bayi. 

Selain itu, terdapat 34 warga emas dan empat orang kurang upaya (OKU) turut berlindung di PPS tersebut.

TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi