TINDAKAN personaliti media sosial Ammar Nazhan mencipta content kehilangan sahabatnya di Indonesia sehingga menjadi bualan hangat netizen dari dua negara merupakan satu perkara tidak wajar.
Bimbang insiden itu memberi tempias kepada influencer lain, Puspa Gomen berpandangan hal ini boleh memberikan kesan bukan saja terhadap dirinya tetapi juga personaliti media sosial yang lain.
“Sepatutnya tak patut lakukan perkara itu kerana macam memalukan juga kalau nak buat content pastikan betul dan sahih, ramai sebenarnya personaliti media sosial yang akan terpalit sekali dengan tindakan Ammar tu nanti.
“Mesti ramai yang akan cakap personaliti media sosial menipu kalau hasilkan content, tapi tak semuanya sama jangan disebabkan dia habis semua susah nak dapat tawaran kerja nanti sebab orang tak percaya.
”Tak elok sebenarnya menipu orang macam tu, jangan buat lagi lepas ni risau habis buruk reputasi kami nanti,” kata Puspa kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI