suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video marah pelanggan sekadar hiburan, peniaga sate nampak bengis tapi peramah orangnya

PENULARAN video seorang peniaga sate memarahi pelanggan mendapat perhatian ramai sehingga ia ditonton sebanyak 8.9 juta di TikTok.

Peniaga sate berkenaan iaitu Muzz atau Mustaffar Noor Jumaat, 34, berkata, dia sedar ramai kurang senang dengan video tersebut namun apa dipaparkan sekadar hiburan.

"Saya berniaga sate hampir 10 tahun dan pelbagai karenah pelanggan sudah saya tengok.

"Macam video yang saya hasilkan ini kebanyakannya memang berkaitan dengan peniaga mahu pun pelanggan.

"Bagaimanapun apa yang saya paparkan itu hanya sekadar hiburan dan saya bukannya seperti apa digambarkan dalam video tersebut," katanya kepada mStar.

Menyangkal dakwaan dia seorang panas baran, Muzz sebaliknya dia tidak pernah bersikap sombong dengan pelanggan.

"Memang ada pelanggan takut nak turun kereta sebab takut tengok muka saya tapi bila mereka sudah berbual baru tahu saya orangnya macam mana," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi