suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda terguris dihina kerja sebagai rider, video ‘POV’ berjaya ubah pandangan orang ramai

TINDAKAN seorang pemuda menghasilkan video berkaitan kerjaya sebagai penghantar barang mendapat perhatian ramai sehingga ramai mula sedar tentang kepayahan pekerjaaan tersebut.

Aby atau Muhammad Milaini Zainal Arrizal, 25, berkata, tidak ramai mengetahui tentang cabaran dan kepayahan dilalui sebagai seorang rider sehingga jika berlaku sesuatu mereka akan dipersalahkan.

Malah pandangan serong segelintir masyarakat tentang pekerjaan itu turut membuatkan dia lebih bersemangat menghasilkan konten sebagai pemahaman kepada penonton.

"Sebagai penghantar barang, apa-apa yang berlaku di antara saya dan pelanggan hanya kami sahaja yang tahu.

"Saya rasa satu Malaysia perlu tahu (tentang pekerjaan kami) apatah lagi ada yang pernah memandang rendah dengan pekerjaan ini apabila mengatakan sampai bila-bila kami tidak akan berubah," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi