suria

Rugi Ferrari cuma simpan di parkir, Boss Mun nekad jual kereta kesayangan... Niat buka hospital haiwan

MEMASANG impian mahu membina sebuah hospital bagi merawat kucing dan anjing, usahawan muda Boss Mun sanggup menjual kereta kesayangan berjenama Ferrari bernilai lebih RM1 juta.

Kata Boss Mun atau nama sebenarnya Munashraf, 23, ketika ini dia masih lagi belum mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membangunkan hospital yang berjumlah hampir RM5 juta itu.

“Sekarang ini saya dalam proses untuk membuka sebuah hospital veterinar yang saya namakan sebagai Biovet Medical Centre. Ini adalah langkah seterusnya dalam bisnes saya.

“Jumlah untuk buat (hospital) ini hampir RM5 juta. Kalau ada yang kata saya tidak cukup duit, ya. Memang kita anak Melayu ini, terhad dari segi mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang kaya. Jadi, saya gunakan sehabis baik sumber (seperti kereta) walaupun rasa sayang untuk lepaskan.

“Saya nak jual sebab saya fikir yang nilainya agak besar. Kalau saya letak dekat rumah pun tidak ada guna, lebih baik saya tukar menjadi sebuah hospital,” katanya kepada mStar.

Bercerita mengenai hospital yang bakal dibangunkan, Boss Mun berkata dia akan menyediakan fasiliti terbaik termasuklah menyediakan perkhidmatan ambulans untuk mengambil haiwan.

“Selain masukkan pakar, mesin canggih, kita juga ada membuat servis ambulans haiwan. Jadi boleh telefon sahaja untuk kita ambil anjing atau kucing mereka,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi