suria

Tiada istilah diperguna siap dapat gaji bulanan, pengurus usaha Sarjan Alang berdiri di atas kaki sendiri

DIDAKWA mempergunakan Sarjan Alang untuk keuntungan sendiri, pengurus kepada personaliti media sosial yang merupakan orang kurang upaya (OKU) Raje Ridzuan tampil menjawab tuduhan tersebut.

Raje berkata, dia sama sekali tidak pernah terfikir untuk melakukan perbuatan tersebut sebaliknya hanya mahu membantu Sarjan Alang menjana pendapatan.

Malah, Raje menjelaskan dia membayar gaji secara bulanan kepada Sarjan Alang walaupun tiada sebarang tawaran melakukan reviu atau penggambaran content.

“Ada yang nampak dia tidak tentu arah sebab sudah lama tidak nampak di kampung. Sekarang ini dia sudah mempunyai kerja, ada yang panggil untuk buat reviu video. Sarjan Alang ada, cuma sekarang ini dia sibuk bekerja.

“Saya tidak ambil kesempatan. Kalau kata saya hanya mahu ambil duit, saya sendiri ada bisnes di Singapura. Sarjan Alang punya reviu tidaklah mahal sangat sampai saya rambang mata.

“Dia diberi gaji setiap bulan. Tetap ada gaji walaupun tidak ada duit reviu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi