suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hebat pemuda buat bisnes jana ratusan ribu ringgit, jaga kewangan tak terpengaruh belanja besar

USAHAWAN muda Amzar menyatakan rasa syukur apabila pendapatan yang diperoleh daripada perniagaannya mencecah angka ratusan ribu sebulan.

Amzar atau nama sebenar Ahmed Amzar Airil Ahmed Mazdan, 22, berkata pada awalnya dia tidak menyangka mampu menjana pendapatan sebanyak itu.

“Rasa terkejut lah, manusia kan bila tak pernah dapat tiba-tiba dapat sebanyak itu, dia rasa nak belanja banyak setiap hari.

“Jagalah kewangan kita kerana ia sangat penting dan bila kita tersalah guna dan tersalah cara dia akan memakan diri kita,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Amzar juga berkata dia agak tergugat apabila ramai selebriti mula meniaga dan mendapat keuntungan yang lebih tinggi daripada peniaga sepertinya.

“Bagi saya rasa tergugat juga sebab dia (selebriti) sudah mempunyai nama dan mudah untuk menjual, tapi Malaysia mempunyai 33 juta orang dan tak semestinya kesemua 33 juta orang itu akan membeli dengan mereka,”ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi