suria

Abang burger tak sangka video menyanyi di gerai viral, rupanya pernah masuk program realiti popular

VIDEO seorang lelaki menyanyi sambil menyediakan hidangan burger di sebuah gerai di tepi menarik perhatian pengguna TikTok.

Lelaki bernama Muhammad Hadzri Hussin, 39, berkata dia tidak menyangka video tersebut menjadi tular di media sosial sehingga jualan burger diusahakan menerima sambutan hebat orang ramai.

Menurut Hadzri atau lebih mesra disapa Ary, sebelum ini dia merupakan seorang pemuzik sepenuh masa dan peniagaan burger itu diceburi kira-kira dua bulan lalu.

“Perkara ini jarang berlaku kepada saya jadi agak terkejut juga sebenarnya tapi bila saya fikirkan kembali kenapa waktu meniaga jadi tular sedangkan waktu saya buat persembahan nyanyian tidak pula.

“Saya memang penyanyi sebelum ini dan mencuba pelbagai pertandingan nyanyian malah pernah memasuki program ‘Gimme The Mic 2024’ baru-baru ini tapi rezeki itu belum sampai jadi saya cuba lakukan perkara baru.

“Saya memang seronok lakukan pekerjaan ini sebab tu kalau orang boleh tengok dalam video tersebut reaksi saya bagaimana,” kata Ary kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi