suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adib dah tak niaga pisang goreng cheese lagi, rancang ceburi bisnes fesyen pula

PERNIAGAAN menjadi laris selepas video dia menjual pisang goreng menjadi tular, personaliti media sosial Adib Aidil mengambil keputusan untuk berhenti daripada bidang tersebut memandangkan kini mempunyai kerjaya baharu.

Kata Aidil, 26, ia susulan jadual kerjanya sebagai juruterbang yang padat membuatkan dia sukar memberikan komitmen dan tumpuan terhadap perniagaan pisang yang dikenali sebagai Bananadibs.

Bagaimanapun Adib berkata dia merancang untuk membuka satu perniagaan baru berkenaan gaya hidup ataupun fesyen.

“Perniagaan sekarang ini saya berhenti dahulu sebab saya sekarang bertapak di Pulang Pinang. Jadi sangat susah untuk saya beri komitmen dari Pulang Pinang ke Kuala Lumpur.

“Lagipun saya sekarang kerja sebagai juruterbang hanya boleh cuti dua hari sahaja seminggu. Insya-Allah kalau ada rezeki, saya mahu buka perniagaan dalam bidang yang lain,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi