suria

Minta bayaran reviu sampai RM100 ribu, Cik Epal bukan saja-saja letak harga... Dah dapat dua tawaran

PEMPENGARUH dan usahawan Cik Epal tidak melatah selepas mendapat kritikan berkenaan jumlah bayaran reviu yang diletakkannya mencecah sehingga RM100,000.

Kata Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud, harga tersebut dikira berpatutan malah dia yakin mampu membawa pulangan yang lebih kepada sesuatu produk itu.

“Saya rasa harga itu bersesuaian dengan hasil yang akan saya berikan. Kalau ada yang mahu bayar, saya akan

buat dengan sehabis baik. Sesiapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka pasti tahu saya akan ‘all out’.

“Insya-Allah mereka (klien) akan dapat pulangan mungkin lima kali ganda. Saya bukan artis atau selebriti tapi sebenarnya ahli perniagaan. Jadi, saya tahu macam mana pasaran ini, namun dengan harga tetap boleh bincang,” katanya kepada mStar.

Tambahnya, selepas memuat naik hantaran mengenai harga tersebut, dia menerima panggilan dan tawaran daripada dua syarikat untuk bekerjasama.

“Dulu saya tak buka untuk reviu sebab dulu saya berniaga. Namun, bila nama ‘mendunia’ ketika ini, saya ambil peluang tersebut. Sampai sekarang ada dalam bawah 10 produk yang ambil reviu dengan saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi