suria

Dulu emak marah suruh makan ‘game’... Yums dan Gojes (SRG) berjaya buktikan e-sport mampu beri hasil lumayan

DUA anggota Selangor Red Giants (SRG) e-sport iaitu Yums dan Gojes mengakui kerjaya sebagai pemain profesional sukan ini juga boleh menjana pendapatan lumayan.

Pun begitu, Gojes atau nama sebenarnya Ilman Zareef, 22, berpendapat setiap pemain haruslah mempunyai perancangan masa depan kerana kerjaya ini memerlukan komitmen yang tinggi.

"Gamers ni boleh jadi kerjaya tapi kena bukan dalam tempoh masa panjang. Selepas usia 25 tahun kita dah kena ada perancangan lain sebab masa itu mereka mula rancang bina keluarga.

"Memang boleh buat duit kalau mereka serius dan betul-betul pro. Yang penting kena ada karakter sendiri dan unik,” cerita Gojes.

Sementara itu Yums atau nama sebenarnya Qayyum, 21, pula berkata dia menerima sokongan penuh ibu bapa selepas berjaya membuktikan pekerjaan ini mampu memberikan pulangan lumayan.

Dalam perkembangan lain, Yums dan Gojes telah menyertai kejohanan ASIA Challenge Competition Series bersama tiga lagi sahabat mereka iaitu Natsu, Aim, dan Illidan pada Ahad lalu.

Pasukan mereka memenangi naib juara dan membawa pulang membawa pulang hadiah RM3,000 serta trofi kemenangan.

Juara ASIA Challenge Competition Series dirangkul oleh pasukan DXStream, dianggotai oleh SunSeishiro, M1NGKONG, Sizkaa, SkyZED, dan Aishh membawa pulang wang tunai RM,5000 serta trofi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi