suria

Macam-macam aktiviti menanti! Ada sebab kenapa perlu ke Taman Tema Sunway sempena CNY

TAMAN Tema Sunway menyediakan pelbagai tarikan menyeronokkan di Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun bermula 24 Januari sehingga 2 Februari ini bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Bertemakan Scales of Prosperity, Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway, Calvin Ho berkata, antara aktiviti yang menjadi perhatian pengunjung adalah tarian naga LED, aksi gerakan wushu, persembahan tukar wajah misteri dan pertunjukan bunga api.

"Apa lebih menarik terdapat juga sesi pemberian angpao dengan hadiah misteri apabila pengunjung mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' ketika berkunjung ke Park Ambassador.

"Dengan persembahan memukau dan aktiviti menyeronokkan, Scales of Prosperity menjanjikan sambutan Tahun Baharu Cina penuh kegembiraan, gelak ketawa dan detik serta memori tidak dapat dilupakan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ho memberitahu pengunjung yang ke Sunway Lagoon di Petaling Jaya berpeluang menyertai permainan Giant Snake Board Game bersaiz agam, menikmati sesi interaktif seperti kraftangan kertas ular, pembuatan Tanghulu.

Tidak hanya itu, pengunjung juga dapat merasai keenakan hidangan disediakan secara langsung of cef berpengalaman di Sunway.

Manakala jika ke Sunway Lost World of Tambun di Ipoh, mereka akan menikmati keseronokan aktiviti interaktif seperti menghasilkan kraf bertemakan ular, bermain Jianzi Cina, cabaran Snake's Bounce sertai merasai pengalaman unik di Animal Lou Sang.

Tiket masuk ke Sunway Lagoon adalah RM185 untuk dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas manakala Lost World of Tambun adalah RM105 untuk dewasa dan RM98 (kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas

Tempahan tiket masuk boleh dibuat menerusi laman web Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi