suria

Tersentuh dengar kisah wanita penghuni Chow Kit ini, teringin jumpa ibu terpisah sejak kecil

DISEBALIK senyuman yang terpancar di wajah penghuni sekitar Jalan Chow Kit ini, tersimpan seribu kisah yang tak pernah didengari.

Untuk segmen mStar Baek minggu ini, mStar bersama KPJ Healthcare sekali lagi menyelami penduduk di lorong usang di tengah Bandar Kuala Lumpur ini.

Selain menyelami kisah hidup mereka, mStar Baek bersama KPJ Healthcare dan Bank Mualamat meraikan mereka menerusi program Ziarah Jalinan Kasih.

Penduduk sekitar dihidangkan dengan jamuan rumah terbuka dan persembahan hebat daripada Fendi Caliph Busker dan Nurul Shakinah Teh.

Malah, KPJ Healthcare bersama Bank Mualamat turut membawa bersama Klinik Bergerak Waqaf Selangor Mualamat bagi memberi peluang kepada asnaf dan gelandangan melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Episod kali ini turut disertai oleh Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Chin Keat Chyuan, Ketua Pegawai Operasi KPJ Healthcare, Datuk Mohamad Farid Salim, Ketua Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat, Zaharuddin Alias, Editor Eksekutif Kumpulan Media Star, Tung Eng Hwa dan aktivis Pertubuhan Jejak Jalanan, Mohd Azhan Mohd Adnan.

Untuk rekod, program mStar Baek diterbitkan untuk siaran di semua platform video dan media sosial mStar dan bersiaran setiap Khamis.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi