suria

Kisah cerai rujuk bukan ‘content’, Siti Jamumall tak nak heboh tapi orang nampak di mahkamah

USAHAWAN dan personaliti media sosial Siti Jamumall menafikan tuduhan netizen dia sengaja melakukan gimik marketing mengenai penceraiannya, baru-baru ini.

Mengulas perkara itu, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 27, berkata tiada sebab kukuh untuknya bercerai memandangkan dia kini sedang berbadan dua.

“Masa saya diceraikan waktu tu usia kandungan tiga bulan dan naik mahkamah waktu usia lima bulan dan lepas mahkamah sahkan kami bercerai kemudian rujuk pada hari yang sama.

“Saya tak nak bercerita pada mulanya sebab tak nak orang anggap untuk marketing isu ini atau aibkan mana-mana pihak, tapi bila pergi mahkamah orang nampak pula dan ramai yang komen bertanya jadi terpaksa berterus-terang.

“Tak mungkin saya nak marketing isu penceraian saya sebab tak minta pun jadi fasa macam ni, ini perkahwinan kedua jadi tak mahu orang anggap saya bermasalah,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Siti Jamumall mendedahkan usia kandungannya sudah lima bulan dan dijangka akan melahirkan anak ketiganya itu pada September depan.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi