suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas adik ipar dah ‘move on’ maafkan Iqbal Zulkefli tapi kes saman tetap diteruskan

USAHAWAN Anes Ayunie memberitahu pihak mahkamah menolak permohonan bekas abang iparnya iaitu Iqbal Zulkefli untuk membatalkan tuntutan saman yang dibuat olehnya sebanyak RM 5 juta sebelum ini.

Menurut Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 23, berkata, alasan diberikan Iqbal adalah tidak berasas menyebabkan mahkamah memutuskan untuk meneruskan perbicaraan kes berkenaan.

“Pihak Iqbal ada membuat permohonan pembatalan atas tuntutan saman fitnah kepada saya, tapi Alhamdulilah mahkamah menolak permintaan Iqbal itu.

“Sebab alasan yang diberikan oleh pihak Iqbal adalah tidak berasas jadi kes saman ini tetap diteruskan dan Iqbal tidak boleh batalkan macam tu saja,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod saman itu dibuat selepas Iqbal didakwa membuat tohmahan termasuklah memfitnah sehingga mencemarkan maruah diri serta perniagaan Anes Ayunie tahun lalu.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi