suria

Bukan nak ‘tunggang’ kisah rumah tangga Siti Jamumall, Anes Ayunie dedah hubungan panas akibat sihir

GARA-GARA kerap berkongsi video bersama Siti Jamumall, usahawan Anes Ayunie dituduh sengaja mahu menumpang populariti dikala isu rumah tangga sahabtanya itu sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Menafikan tuduhan itu, Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 23, berkata, hubungan mereka memang akrab sejak dahulu malah tujuannya sering berada bersama Siti adalah sekadar untuk memberikan semangat.

“Saya kawan dengan Siti memang sudah lama, malah dia selalu ada dengan saya waktu susah dulu, jadi apa salahnya kalau Siti dalam keadaan macam ni saya ada dengan dia berikan semangat.

“Saya antara orang yang rapat dengan Aiman dan Siti, dua-dua kawan baik saya dan terkejut bila lihat perkara ini berlaku dalam rumah tangga mereka,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi