IBU kepada usahawan Siti Jamumall iaitu Norizan Jaafar meluahkan rasa sedih apabila melihat ujian rumah tangga yang sedang dilalui oleh anaknya dan menantu dikenali sebagai Aiman.
Menurut Norizan, 56, sebelum berlakunya penceraian anak dan menantunya itu, dia sudah menasihati mereka untuk memperbaiki hubungan berkenaan.
Malah, Norizan mendakwa menantunya itu pernah beberapa kali mengasari anaknya itu.
“Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku sebab sebagai seorang mak memang tak sanggup nak tengok anak sakit maklum la dalam keadaan hamil lima bulan , tak sepatutnya Aiman buat macam ni.
“Saya dah sedar lama mereka ni ada krisis pada awal perkahwinan lagi dan Aiman ni memang panas baran orangnya sebab sebelum ini dia (Aiman) pernah cakap kasar dengan Siti waktu dalam panggilan telefon dan terus berubah jadi baik bila tahu panggilan itu adalah saya.
“Saya pernah menegur Aiman sebelum ini dan sebenarnya saya memang tak nak masuk campur tapi bila sudah jadi macam ni hati mana tak remuk kan dan tak boleh diamkan lagi,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI