suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakam untuk kenangan hari tua, pemuda tak sangka video bawa ibu naik motosikal undang sebak netizen

SEORANG pemuda dikenali sebagai Nuar Nakal tidak menyangka video perkongsiannya bersama ibu mendapat perhatian ramai sehingga meraih tontonan sebanyak 3.1 juta di aplikasi TikTok.

Video memperlihatkan dirinya menaiki motosikal bersama ibu tercinta mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Menurut Nuar atau Mohammad Khairul Anuar Ahmad Tajuddin, 27, tujuannya berkongsi video itu bukanlah untuk meraih perhatian sebaliknya video itu dibuat sebagai kenangan hari tua kelak.

“Sebenarnya video tu saya buat hanya sekadar suka-suka saja dan tak tahu pula jadi tular sampai dapat jutaan tontonan di aplikasi TikTok.

“Video tu saya buat hanya cipta kenangan bersama ibu saya saja dan tiada niat lain pun sebab kita tak tahu sampai bila kita akan ada bersama ibu kan jadi selagi masih ada ni baik saya simpan saja buat kenangan.

“Saya cuma ada mak saja, dia la tempat saya luahkan segalanya macam kawan juga dan mak saya ni sporting nasib baik dia layankan saja,”katanya di mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi