TIKTOKER Papa Ayie tidak menyangka video dihasilkan bersama kumpulan nasyid Inteam menjadi tular hingga mendapat tontonan jumlah sebanyak 7.7 juta di aplikasi berkenaan.
Menurut Papa Ayie atau Ansari Ramli, 31, dia terkejut apabila video tersebut mendapat jumlah tontonan tinggi malah menjadi fenomena dan dipuji mengangkat genre nasyid.
“Saya terkejut juga tak sangka video yang saya hasilkan bersama kumpulan Inteam tu dapat jutaan tontonan sebab mulanya hanya sekadar suka-suka saja.
“Kumpulan Inteam ada mesej saya nak koloberasi dalam penghasilan video itu sebab mereka ada bagitahu nak adakan konsert dan terkejut bila dapat tahu perkara tu.
“Penerimaan mereka (Inteam) sangat luar biasa malah berterima kasih kerana macam seolah-olah mengangkat kembali martabat kumpulan nasyid, siap cakap tiket habis terjual disebabkan saya sedangkan tidak juga,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI