IBU kepada mangsa seksual remaja berusia 14 tahun iaitu Ieja Cazendra mendedahkan anaknya Qalisya mengalami gangguan emosi serta trauma selepas didakwa menerima mesej berunsur lucah daripada pempengaruh, CEO Batu.
Mahu mendapatkan pembelaan untuk anaknya, Ieja atau nama sebenar Anieza Salleh, 34, nekad membuat laporan meskipun influencer berkenaan merayu untuk diselesaikan secara baik.
“Sebelum kes ni jadi tular, dia (CEO Batu) ada mesej saya dan minta maaf mengaku kesilapan, malah nak berjumpa untuk selesaikan perkara ini.
“Dia minta jangan tularkan perkara ini tapi saya tetap dengan pendirian untuk bawa ke pihak pengadilan dan susah untuk saya maafkan sebab yang berlaku tu kepada anak saya.
“Ya memang agak trauma sikit jadi untuk selepas ini saya memang akan lebih pantau anak saya ni, akan pastikan dengan siapa dia berkawan atau mesej supaya perkara seperti ini tida berlaku lagi,” katanya kepada mStar.
Untuk rekod, nama CEO Batu menjadi perhatian selepas Caprice mendedahkan beberapa tangkap layar mesej yang didakwa dihantar oleh pempengaruh itu kepada mangsa.
Caprice dalam beberapa hantaran di Instagram mendedahkan dia juga dihubungi oleh ibu kepada remaja terbabit, meminta bantuan kerana mendakwa anak perempuannya menjadi mangsa gangguan seksual.
Antara mesej yang dikongsi termasuk gambar tidak senonoh yang didakwa dihantar oleh CEO Batu kepada mangsa, kononnya untuk menunjukkan parut selepas membuat pembedahan.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI