suria

‘Rider’ OKU terkejut video viral, puji orang Malaysia pemurah ramai hulur sumbangan

GARA-GARA perkongsian kekurangan pada diri, individu dikenali sebagai Aslan ini tidak menyangka video tersebut menjadi tular hingga raih perhatian netizen.

Rata-rata simpati melihat keadaan dirinya yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU), namun cekal bekerja sebagai penghantar makanan.

Menurut Aslan atau Mohamad Aslan Baharin, 48, dia terharu apabila ramai memberikan sokongan termasuklah menghulurkan sumbangan kewangan.

“Terkejut juga bila dapat tular video saya dan kawan yang beritahu waktu tu, saya anggap ini ketentuan tuhan.

“Individu yang tularkan video saya itu ada hubungan minta maaf dan beritahu ada netizen minta nombor akaun bank untuk berikan sumbangan kepada saya.

“Ramai bersimpati dan berikan sumbangan kepada saya, jumlah tu memang saya tak boleh kongsikan tapi sehingga sekarang pun masih ada tampil berikan sumbangan kepada saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi