suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seronok bantu ‘rider’, lelaki ini nekad tukar kerjaya buat servis baiki motosikal rosak tepi jalan

SANGGUP meninggalkan kerjaya sebagai penghantar makanan, Pengasas Minyak Hitam Jalanan iaitu Mohd Yusof tampil melakukan khidmat membaiki motosikal pengguna jalan raya yang berdepan masalah kerosakkan pada kenderaan mereka.

Pun begitu, niat murni lelaki berumur 30 tahun itu disalah erti apabila ada segelintir pihak mendakwa dia mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tinggi terhadap mereka yang memerlukan.

“Semua komen tersebut saya memang tak pernah layan. Harga jadi mahal sebab servis yang saya tawarkan ini adalah pada waktu kecemasan atau ‘on call’, contohnya pada waktu malam.

“Bagi saya, siapa yang nak sokong, teruskan. Kalau rasa mahal, boleh saja beli rantai murah di mana-mana aplikasi dan pasang sendiri,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi