suria

Empat tahun cuba nasib ‘pikat’ Sharnaaz Ahmad, Aya Amiruddin akhirnya dapat lampu hijau

PELAKON dan personaliti media sosial Aya Amirruddin mengakui sudah hampir empat tahun menyimpan perasaan atau ‘crush’ terhadap pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menurut Aya, 29, dia sudah lama memasang hasrat untuk mengenali Sharnaaz dengan lebih rapat dan pernah cuba mendekatinya menerusi media sosial.

“Sebenarnya memang dah lama saya nak cuba kenal dia. Boleh dikatakan hampir empat tahun.

“Saya ada ajak dia keluar dating dan dia kata boleh. Insya-Allah saya akan cuba aturkan untuk keluar dengan Sharnaaz,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Aya berkata dia agak berhati-hati untuk berkongsi perasaan secara terbuka kerana bimbang perkara tersebut menjadi bualan ramai.

“Saya takut nak gambarkan sangat perasaan saya nanti jadi isu pula. Tapi kalau Sharnaaz tengok ini, dengan jujur dan rendah hati saya cakap saya sudi saja nak keluar dengan awak,” ujarnya.

Bagaimanapun, Aya sempat berseloroh apabila mesej yang dihantar kepada Sharnaaz di Instagram sebelum ini sudah tiada balasan. 

“Saya ada cuba DM dia tapi dia tak reply pula. Tak apa, doakan saja yang baik-baik. Mungkin dia nak saya kurus sikit kot, sekarang memang tengah usaha nak kurus,” katanya sambil ketawa.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi